Bayi 9 Bulan Meninggal Dalam Kandungan, Usahawan Wanita Reda Punca Dari Najis Kucing

Family & Parenting
21 Nov 2023 • 11:37 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini, seorang usahawan berkongsi kisah dukanya apabila doktor memaklumkan bayi dalam kandungan berusia sembilan bulan sudah meninggal dunia.

Usahawan Dyna Yusof berkongsi kisah duka tersebut dalam satu hantaran di media sosial selepas enam bulan insiden tersebut berlalu.

Menurutnya, bayi sangat aktif sejak awal kehamilan namun pada pemeriksaan kandungan terakhir, doktor memaklumkan jantung bayinya sudah terhenti.

Hari terakhir saya buat pemeriksaan kandungan, dapat tahu bahawa jantung bayi saya dah berhenti. Benda tu dah lama tapi mungkin saya tak boleh lupa.

Doktor cakap jantung bayi dah terhenti dan dah tak ada. Masa tu terkejut dan tanya doktor, bayi saya ke mana? Doktor jelaskan perkara tu pada suami dan saya.

image is not available

Masa tu saya diam, tak mampu berkata apa-apa. Keluar dari bilik doktor, masuk kereta saya terus menangis sebab tak boleh terima perkara itu.

Walaupun berat untuk Dyna menerima takdir ini, namun dia dan suami reda dengan dengan perkara yang berlaku.

Selepas tiga bulan berlalu (keguguran), doktor berjaya mengesan punca kematian dengan mengesahkan bayinya dijangkiti virus Toksoplasmosis (dari najis kucing) sejak awal kandungan lagi.

Disebabkan bayinya sudah lagi tidak bergerak dan mengeras, Dyna bersalin secara semula jadi tanpa paksaan (induce). Malah, usahawan itu tidak menyalahkan kuncing dengan apa yang berlaku.

Dyna turut menitipkan pesan agar ibu hamil di luar sana agar lebih berhati-hati dan mengelakkan diri daripada terkena jangkitan virus berkenaan.

@dynayusof88

Sy bukan peminat kucing , sy tak pernah sentuh atau uruskan kucing , dan virus ni mmg serang janim dalam kadungan momy . Saya tak salahkan kucing , itu dah takdir ujian untuk kami .. sy tak boleh cerita panjang sakitnya sampai ke harini Sy hanya share pengalaman sy #jamumodenvdare #fyp #madamD #toxplasmosis

♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama

Terdahulu, seorang lelaki mendakwa terdengar ‘bunyi bisikan’ sebelum bertindak mencederakan dua orang anak saudaranya berusia tiga tahun dan 40 hari.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Pantang eh korang, cepat je cari way nak kecam orang.

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media