Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Besen Sampah Di Jalan Tong Sang Sibu

29 Oct 2024 • 3:15 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dibuang seperti sampah, bayi lelaki dijumpai dalam besen sampah di Sibu

Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Besen Sampah Di Jalan Tong Sang Sibu. Rakaman kejadian menyedihkan berlaku pagi ini di Jalan Tong Sang apabila seorang bayi lelaki yang baharu dilahirkan telah ditemui ditinggalkan begitu sahaja.

Pada pukul 8 pagi, beberapa orang awam terkejut menemui seorang bayi yang masih ada tali pusat dalam sebuah besen merah yang biasa digunakan untuk membuang sampah di depan sebuah premis perniagaan.

image is not available
Sumber foto: The Borneo Post. Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Besen Sampah Di Jalan Tong Sang Sibu

Menurut laporan media tempatan, bayi itu dijumpai dalam kedudukan janin dengan kepalanya bersandar pada beg plastik.

Ditemui dalam besen penuh kekotoran

Keadaan bayi tersebut amat menyayat hati apabila mukanya terhimpit pada dinding besen yang dipenuhi kekotoran, kulat dan cendawan, sementara tali pusatnya tergantung di bahagian tepi besen.

Bukan itu sahaja, besen tersebut berisi air kerana hujan telah turun lebat di kawasan itu sekitar pukul 6 pagi. Sebaik sahaja ditemui, orang ramai yang prihatin telah segera membawa bayi tersebut ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Bayi itu kemudiannya dipindahkan ke Hospital Sibu untuk rawatan dan pemantauan yang lebih rapi. Menurut sumber, bayi tersebut didapati bernafas dengan sangat lemah ketika ditemui.

Pihak polis telah tiba di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung kes pembuangan bayi tersebut.

Baca juga artikel yang berkaitan: