Bayi baru lahir ditemukan di Taman Awam Teluk Likas

22 Dec 2025 • 3:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemukan di Taman Awam Teluk Likas di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda berkata polis menerima laporan daripada orang awam dan bayi itu dipercayai dilahirkan beberapa jam sebelum ditemukan pada 6.30 pagi.

“Bayi itu selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa ke Hospital Likas untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Kasim berkata penemuan bayi itu telah dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Beliau berkata pemeriksaan mendapati tiada saksi melihat kejadian mahupun kemudahan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu.

Siasatan termasuk mengesan individu terlibat giat dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Orang ramai mempunyai maklumat kejadian diminta membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Sarjan Mejar Rosmah Pg Hasim menerusi talian 011-31677612.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved