Bayi Berusia 18 Bulan Hilang Ditemui Lemas Dalam Parit Di Sibu

28 Dec 2022 • 10:44 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kejadian berlaku di Sungai Bidut, Sibu

Bayi Berusia 18 Bulan Hilang Ditemui Lemas Dalam Parit Di Sibu. Dilaporkan, seorang kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan ditemui mati lemas dalam parit di Jalan Kwong Ming di Sungai Bidut Sibu semalam.

image is not available
Bayi Berusia 18 Bulan Hilang Ditemui Lemas Dalam Parit Di Sibu. Sumber: Borneo Post

Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) dalam satu kenyataan berkata sepasukan penyelamat telah dihantar ke tempat kejadian selepas laporan kehilangan diterima pada 1.24 tengah hari.

Mangsa dipercayai terjatuh

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata mayat itu ditemui sekitar 2.30 petang, kira-kira 400 meter dari tempat mangsa dipercayai terjatuh.

“Pemeriksaan mayat tidak menemui sebarang kecederaan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan.

“Sebaik tiba, pasukan melakukan pemeriksaan di sekitar rumah tetapi tidak menemui sebarang tanda mangsa.

“Pencarian kemudian tertumpu pada longkang berukuran kira-kira 10 meter lebar dan dalam tiga meter di hadapan rumah dan pasukan berjaya mengesan mayat mangsa,” kata Bomba.

Baca lagi artikel terkini di sini: