Bayi Berusia Setahun Mati Lemas Terlepas Daripada Pegangan Bapa Ketika Berkayak Di Sungai

8 Jul 2023 • 6:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terkini, seorang bayi lelaki berusia setahun tujuh bulan ditemui mati lemas di Sungai Ketil, Lubuk Pedati, Baling.

Memetik laporan Berita Harian, bayi tersebut dipercayai dipercayai menaiki kayak bersama bapanya sebelum terlepas daripada pegangan lelaki itu.

Difahamkan, bayi lelaki yang dikenali sebagai Adryan Mikhael Muhammad Afiq itu dibawa bapanya ke sungai itu untuk aktiviti berkayak.

image is not available

Sumber: Harian Metro

Menurut Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata bapa mangsa dipercayai tergelincir sebelum bayi itu terlepas daripada pegangannya.

Mangsa kemudian dihanyutkan air sehingga ke Kampung Sungai Limau namun mayat bayi itu ditemukan semula dengan bantuan orang awam dan penduduk kampung.

Ketika kejadian, ibu mangsa bersama ahli keluarga dan rakan turut berada di lokasi sama.

image is not available

Sumber: Harian Metro

Dalam pada itu, Shamsudin memaklumkan mayat Adryan Mikhael kemudiannya dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

(VIDEO) "Dah Boleh Beli Axia!" - Suami Layan Isteri Mengidam, Sanggup Belikan 'Stroller' Harga RM23,000