Bayi cedera digigit: Pemilik, pembantu taska ditahan

LocalFamily & Parenting
9 Jan 2025 • 3:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Berdasarkan laporan ibu mangsa, bayi berusia lapan bulan itu didapati mempunyai bekas gigitan pada bahagian belakang badan. Foto hiasan

KUCHING - Polis menahan tiga wanita terdiri daripada pemilik sebuah taska di bandar raya ini dan dua penjaga premis itu bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi yang cedera dipercayai digigit.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz berkata, ketiga-tiganya kini disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 selepas penahanan dilakukan pada 7 malam Rabu.

"Tangkapan dibuat susulan polis menerima laporan daripada ibu bayi terbabit pada jam 9.30 malam Selasa (7 Januari),” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau berkata, berdasarkan laporan ibu mangsa, bayi berusia lapan bulan itu didapati mempunyai bekas gigitan pada bahagian belakang badan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved