Bayi dipercayai lahir di tempat lain sebelum ditinggalkan depan tandas

LocalFamily & Parenting
15 Nov 2025 • 8:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian mengenai penemuan bayi perempuan di sebuah tandas di rumah kampung dekat kawasan Sungai Dua pada pagi Khamis.

BUTTERWORTH - Bayi perempuan yang ditemukan di hadapan tandas sebuah rumah kampung di Sungai Dua, di sini pada Khamis lepas dipercayai dilahirkan di tempat lain sebelum ditinggalkan di lokasi itu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, siasatan dan pemeriksaan polis di tempat kejadian tidak menemukan sebarang kesan bayi itu dilahirkan di tandas atau kawasan berhampiran.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan ibu bayi tersebut dan mereka mempunyai maklumat diminta membantu,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Terdahulu, media melaporkan penemuan bayi yang masih bertali pusat itu oleh orang awam.

Bayi itu yang dibawa ke Hospital Seberang Jaya disahkan sihat dan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan susulan. - Bernama