Bayi Dipercayai Lemas Dalam Selimut, Tiada Unsur Jenayah Ditemukan

LocalPolitics
10 Dec 2024 • 11:43 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bayi Dipercayai Lemas Dalam Selimut, Tiada Unsur Jenayah Ditemukan

MELAKA, 10 Disember (Bernama) — Siasatan awal polis mendapati tiada unsur penderaan berlaku ke atas bayi lelaki berusia enam bulan yang ditemui meninggal dunia dengan mukanya dilitupi selimut di rumah pengasuhnya di Merlimau, Jasin semalam

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi ketika dihubungi berkata pemeriksaan fizikal ke atas mayat bayi tersebut tidak menunjukkan sebarang unsur perbuatan jenayah.

“Kita masih lagi menunggu laporan makmal hasil bedah siasat yang dijalankan manakala sebarang permohonan reman (ke atas pengasuh) pula bergantung kepada hasil laporan bedah siasat dan kimia,” katanya.

Bernama pada semalam melaporkan bayi berkenaan Harraz Noah Nazrul Nizam disedari oleh pengasuhnya dalam keadaan terlentang tidak sedarkan diri dengan sehelai selimut menutupi muka, dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi.

Bayi tunggal kepada pasangan Nazrul Nizam Mohd Tahar, 29, dan Ainol Izzah Raslan, 25, itu sebelum kejadian, diberikan susu dan disendawakan oleh pengasuhnya dan kemudiannya ditidurkan di atas tilam.

Pangasuhnya kemudian menghubungi Ainol Izzah lalu membawanya ke Klinik Kesihatan Merlimau sebelum dirujuk ke Hospital Melaka dan dimaklumkan doktor mangsa sudah meninggal dunia.

Sumber: Bernama