Bayi Diserang Hipotermia Selepas Dibawa Mendaki Gunung, KPAI Gesa Laksana Had Umur

LocalFamily & Parenting
16 Apr 2026 • 11:14 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Bayi Diserang Hipotermia Selepas Dibawa Mendaki Gunung, KPAI Gesa Laksana Had Umur

Jakarta - Seorang bayi berusia satu tahun lima bulan diserang hipotermia selepas dibawa bersama mendaki Gunung Ungaran oleh ibu dan bapanya, lapor Detik yang memetik kenyataan Komisi Perlindungan Anak Indonesia (KPAI).

Pesuruhjaya Kluster Lingkungan Keluarga dan Pengasuhan Alternatif KPAI, Ai Rahmayanti berkata, insiden ini wajar menjadi pengajaran kepada ibu bapa supaya mengutamakan keselamatan anak-anak ketika melakukan aktiviti di luar.

“KPAI melihat insiden bayi diserang hipotermia yang dibawa mendaki Gunung Ungaran sebagai kejadian yang perlu menjadi pengajaran bersama,” ujarnya.

Image from: Bayi Diserang Hipotermia Selepas Dibawa Mendaki Gunung, KPAI Gesa Laksana Had Umur
Kredit: Detik News
Baca juga:

Menurut Ai, bayi yang berusia satu tahun lima bulan masih mempunyai fizikal yang lemah. Aktiviti mendaki di kawasan bersuhu rendah bukan persikataran yang selamat buat mereka.

“Pada usia satu tahun lima bulan, bayi masih rentan secara fizikal dan belum mempunyai keupayaan menyesuaikan diri terhadap keadaan ekstrem seperti suhu sejuk di kawasan pergunungan.

“Berikutan itu, aktiviti pendakian bukan ruang yang selamat buat bayi,” jelasnya.

Image from: Bayi Diserang Hipotermia Selepas Dibawa Mendaki Gunung, KPAI Gesa Laksana Had Umur
Kredit: Kantor Pencarian dan Pertolongan Semarang/Instagram @kabarungaran

Beliau turut memberi peringatan kepada ibu bapa agar mengutamakan keselamatan anak dalam segala aktiviti. Anak-anak tidak boleh diajak melakukan aktiviti berisiko tinggi seperti mendaki gunung.

“Kami faham ibu bapa mempunyai niat yang baik tetapi dalam menjadi ibu bapa, setiap keputusan perlu mempertimbangkan prinsip kepentingan terbaik bagi anak, terutama dari aspek keselamatan,” tambah Ai.

Image from: Bayi Diserang Hipotermia Selepas Dibawa Mendaki Gunung, KPAI Gesa Laksana Had Umur
Kredit: Kantor Pencarian dan Pertolongan Semarang/Instagram @kabarungaran

Dalam pada itu, beliau menyarankan agar peraturan sekatan umur bagi pendaki dilaksanakan selain menyeru pendidikan awam tentang had keselamatan aktiviti anak kepada ibu bapa.

“Kami menggesa pendidikan kepada masyarakat berkenaan had keselamatan anak dilaksanakan, serta peranan pihak pengurusan pendakian untuk mewujudkan piawaian keselamatan kanak-kanak (perlindungan kanak-kanak), termasuk had umur.

“Insiden ini menjadi peringatan bahawa perlindungan kanak-kanak bermula dari keputusan kecil ibu bapa setiap hari,” jelas beliau lagi.

Image from: Bayi Diserang Hipotermia Selepas Dibawa Mendaki Gunung, KPAI Gesa Laksana Had Umur
Kredit: Kantor Pencarian dan Pertolongan Semarang/Instagram @kabarungaran

Rakaman Bayi Hipotermia Ketika Aktiviti Mendaki Gunung Tular

Terdahulu, tular di media sosial seorang bayi berusia satu tahun lima bulan diserang hipotermia ketika mendaki Gunung Ungaran di Semarang bersama ibu bapanya.

Bayi berkenaan menerima bantuan serta-merta daripada pasukan carilamat (SAR).

Video tular tersebut dimuat naik menerusi akaun Instagram @kabarungaran yang melaporkan bayi berkenaan diserang hipotermia ketika berada di Puncak Bondolan.

View Original Article