Bayi Ditemukan Rentung Dalam Kebakaran Kereta

27 Nov 2023 • 9:37 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bayi Ditemukan Rentung Dalam Kebakaran Kereta

Seorang bayi ditemukan rentung akibat terperangkap dalam kereta selepas kenderaan jenis Honda Jazz terbabas dan melanggar tiang lampu sebelum terbakar dalam kejadian di Jalan Gua Musang – Kuala Krai di Kelantan pada pagi ini.

Pegawai Operasi PBK II Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Kelantan Mohd Fadzil Musa berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira 4.04 pagi tadi.

Menurutnya, bayi tersebut dilaporkan rentung akibat kebakaran kereta yang berlaku di hadapan bangunan BSN Kuala Krai itu.

“Terdapat tiga orang mangsa iaitu seorang lelaki dewasa yang melecur seluruh tubuh, seorang perempuan mengalami cedera ringan dan seorang lagi mangsa adalah bayi lelaki.

“Bagaimanapun, bayi tersebut dijumpai rentung di dalam kereta itu akibat terperangkap,” katanya.

Difahamkan, mayat bayi itu telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya, manakala kedua-dua mangsa yang cedera telah dihantar ke Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved