Bayi enam bulan antara dua maut, lima cedera dalam kemalangan

30 Mar 2025 • 4:36 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KOTA KINABALU, 30 MAC: Dua termasuk seorang bayi berusia enam bulan maut apabila kereta dinaiki bersama lima yang lain terbabit kemalangan di hadapan Klinik Kesihatan Telupid pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran Edoen Macheal berkata enam anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian yang terletak 100 kilometer dari balai BBP Beluran itu selepas pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.28 pagi.

“Empat dewasa, dua kanak-kanak dan seorang lagi bayi terlibat dalam kejadian. Enam berjaya dibawa keluar dari kereta itu oleh orang awam dan dihantar ke hospital sebelum pasukan bomba tiba,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata bayi berusia enam bulan bersama seorang lagi individu yang belum diketahui identiti disahkan meninggal dunia, manakala lima lagi cedera ringan, dan operasi kemudian ditamatkan pada 8.30 pagi.

Difahamkan kesemua tujuh sekeluarga itu dalam perjalanan pulang dari Labuan ke Semporna untuk berhari raya.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved