Bayi Kembar ‘Berusia 30 Tahun’ Selamat Dilahirkan Di Amerika Syarikat

25 Nov 2022 • 10:17 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bayi Kembar Selamat Lahir Dari Embrio Berusia 30 Tahun

Sepasang bayi kembar yang dilahirkan di Oregon, Amerika Syarikat telah mendapat pengiktarafan Guinness World Records kerana menjadi embrio yang paling lama dibekukan dan selamat dilahirkan selepas 30 tahun, lapor The Thaiger.

Pasangan kembar tersebut merupakan anak angkat kepada pasangan Philip dan Rachel Ridgeway yang dilahirkan di bandar Portland pada 31 Oktober lalu.

Kembar berkenaan, yang dinamakan sebagai Lydia mempunyai berat 2.5 kilogram manakalan pasangannya, Timothy seberat 3 kiligram semasa dilahirkan.

Menurut Pusat Pendermaan Embrio Kebangsaan (NEDC), pasangan kembar Lydia dan Timothy telah didermakan oleh sepasang suami isteri melalui rawatan Persenyawaan in-Vitro (IVF). Difahamkan si suami ketika itu berusia 50 tahun dan mereka menggunakan penderma telur berusia 34 tahun, yang kemudiannya dibekukan pada 22 April 1992.

Menurut The Thaiger, ia disimpan selama tiga dekad dalam peranti seperti tangki gas di atas penyedut minuman kecil dalam cecair nitrogen bersuhu -200 darjah Celsius.

Pasangan itu sudah pun mempunyai empat orang anak iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki, namun memutuskan untuk menambah cahaya mata dan kemudian menyertai program mencari embrio yang sudah lama menunggu ibu bapa.

“Saya berusia lima tahun ketika Lydia dan Timothy dalam bentuk embrio dibekukan. Daripada sisi lain, mereka anak sulung kami walaupun paling kecil,” kata Philip, ayah ‘angkat’ kepada bayi kembar itu.

Pasangan kembar itu mengatasi rekod lama disandang oleh Molly Gibson, yang dilahirkan daripada embrio berusia hampir 27 tahun pada 2020.

Sumber: The Thaiger