Bayi Lapan Bulan Maut Disyaki Didera, Ibu Ditahan

26 Jul 2022 • 6:59 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

IPOH, 26 Julai (Bernama) — Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia dengan kesan kecederaan di bahagian badan, dalam kejadian di Sungai Siput dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput Supt Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata polis menerima maklumat berkaitan kematian bayi itu kira-kira 7.15 pagi.

“Bayi itu meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Sungai Siput. Hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mendapati ada kesan kecederaan pada beberapa bahagian badan akibat objek tumpul,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Khaizam berkata susulan kejadian itu, polis menahan reman ibu mangsa berumur lingkungan 30-an selama tujuh hari hingga 1 Ogos bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Gambar: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved