Bayi Lelaki 7 Bulan Meninggal Dunia Di Taska

LocalFamily & Parenting
28 May 2025 • 12:19 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang bayi lelaki berusia kira-kira tujuh bulan disahkan meninggal dunia ketika berada di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Danau Kota di sini Isnin lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden berkenaan daripada bapa kandung bayi itu di Balai Polis Setapak, beberapa jam selepas kejadian.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku antara 9 hingga 11 pagi.

"Mayat telah dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan dijalankan oleh Bahagian D11 (Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak) Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk tampil membantu siasatan. - BERNAMA