Bayi lelaki bertali pusat berbungkus kain batik ditemui di rumah kosong

LocalFamily & Parenting
15 Sep 2024 • 5:15 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KOTA BHARU - Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemukan orang ramai dalam keadaan berbungkus kain batik dibuang di sebuah rumah  kosong di Lorong Perisai Wira di Kuala Krai, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata pihaknya menerima panggilan orang awam berkaitan penemuan itu pada 9.43 malam dan sepasukan anggota dari unit kereta peronda polis (MPV) bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui bayi yang berbungkus dengan kain batik.

“Bayi tersebut dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

“Pemeriksaan pihak hospital mendapati bayi lelaki itu masih bertali pusat, berat bayi 2.74 kilogram (kg), berambut hitam, kulit cerah dan tiada tanda-tanda kecederaan trauma,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya siasatan masih dijalankan bagi mengesan ibu kepada bayi itu.

Menurutnya orang awam mempunyai sebarang maklumat lanjut berkaitan dengan kes ini boleh menghubungi balai polis yang terdekat atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Iman di talian 011-31460199. - 15 September, 2024