Bayi Lelaki Ditemukan Di Ladang Sawit Kinabatangan

19 Jan 2026 • 8:37 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bayi Lelaki Ditemukan Di Ladang Sawit Kinabatangan

KINABATANGAN, (Bernama) — Seorang bayi lelaki cukup sifat seberat 2.4 kilogram ditemukan di kawasan Ladang Karangan Agriculture, di sini.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt Ravi Duraisamy berkata pihak polis menerima laporan berhubung penemuan bayi yang masih bernyawa itu oleh seorang pekerja ladang kelapa sawit berkenaan pada 7.27 malam.

“Bayi yang dianggarkan berusia antara tiga hingga lima hari itu telah dihantar ke Hospital Kinabatangan sebelum dirujuk ke Hospital Sandakan untuk rawatan lanjut dan tindakan susulan pihak kebajikan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Ravi berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan melalui talian 089-561890 atau Pegawai Penyiasat Insp Nur Syafiqah Dahon, 014-5573735.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved