Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka

LocalFamily & Parenting
15 Oct 2024 • 8:53 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar Facebook

KUALA TERENGGANU- Seorang bayi lelaki ditemukan di dalam parit kering berhampiran Pantai Paka, Dungun semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan bayi itu daripada orang awam yang melalui kawasan pantai berkenaan.

"Kita sedang mengesan suspek kes ini, yang disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata bayi lelaki berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, lelaki yang menemukan bayi berkendan, Mohd Zoo Abd Rahman, 44, berkata bayi itu dijumpai di dalam beg dengan beralaskan sehelai kain lusuh dalam keadaan tanpa berpakaian.

"Mulanya saya melihat dua ekor anak anjing berkeliaran sebelum ternampak beg berhampiran haiwan itu dan terdengar tangisan bayi.

"Saya memanggil beberapa pengunjung pantai untuk memeriksa beg itu sebelum menemukan bayi berkenaan yang sedang kesejukan," katanya yang juga seorang pemandu lori.

Dia kemudiannya menghubungi polis berhubung penemuan bayi itu. - BERNAMA