Bayi Mudah Tidur Dalam Kereta, Ini Sebabnya

CarsFamily & Parenting
15 May 2026 • 10:04 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Bayi Mudah Tidur Dalam Kereta, Ini Sebabnya

Bayi Mudah Tidur Dalam Kereta, Ini Sebabnya

Perasan tak bayi mudah untuk lena bila kita mula memanduke destinasi yang hendak di tuju berbanding tidur di rumah.

Kadang-kadang tak sempat keluar dari taman perumahan, anak kita sudah lena dibuai deruman enjin dan golekkan tayar.

Sebenarnya ada sebab yang munasabah kenapa bayi lebih mudah lena dalam kereta berbanding di tempat lain dan hari ini SK nak kongsikan sebabnya

Goyangan Lembut

Bila dalam kereta, bayi merasakan goyangan lembut, getaran dan pergerakan statik dalam kereta memberikan rasa selamat seperti di alam rahim.

White Noise

Bunyi deruman enjin (White Noise) yang sekata telah menyekat bunyi bising dari luar dan telah membantu merangsang bayi lena lebih cepat.

Image from: Bayi Mudah Tidur Dalam Kereta, Ini Sebabnya

Pergerakan Terhad

Pergerakan yang terhada dalam tempat duduk bayi atau baby car seat juga salah satu faktor bayi mudah lena seperti sedang dibedung dan bayi kurang terkejut.

Anak Meragam

Jadi, jika anda sudah buntu anak meragam tak henti boleh cuba bawa anak ronda-ronda dalam kereta, mungkin berkesan untuk si manja lena.

Sekadar peringatan kepada ibu bapa, Jabatan Pengangkutan Jalan telah menguatkuasakan penggunaan baby carseat untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

Baca juga:

Demi keselamatan anak-anak, pastikan kita disiplinkan mereka untuk duduk dalam carseat sepanjang tempoh anda memandu.

Jika anak sah mula meragam, ambil sedikit masa untu berhenti rehat supaya anak tak terlalu penat duduk dalam carseat.

Kita mampu mengubahnya supaya perkara tak diingini berlaku.

View Original Article