Bayi perempuan baru lahir ditemukan di tempat pembuangan sampah

2 May 2023 • 6:50 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 2 MEI: Seorang bayi perempuan baru lahir yang masih bertali pusat ditemukan di kawasan pembuangan sampah di Kampung Sungai Ara, Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata bayi berkenaan djumpai seorang wanita bersama anak lelakinya kira-kira pukul 7.15 pagi sebelum membuat laporan di Balai Polis Damansara.

Beliau berkata bayi seberat 2.5 kilogram dan ketinggian 49 sentimeter itu ditemukan dalam keadaan berbalut kain kuning bersama uri dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan doktor mendapati bayi berkenaan dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata bayi tersebut dimasukkan ke wad kanak-kanak Hospital Sungai Buloh dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved