Bayi perlukan RM106,864 demi hati baharu

LocalHealth & Fitness
13 Oct 2026 • 8:33 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bayi perlukan RM106,864 demi hati baharu

PORT DICKSON – Seorang bayi yang menghidap penyakit saluran hempedu tersumbat atau bi­liary atresia memerlukan bantuan orang ramai bagi mengumpul baki RM106,864 untuk menjalani pembedahan pemindahan hati di China, awal bulan depan.

Dian Jasmeen Ahmad Zahid Fahmi yang berusia 10 bulan kini berdepan keadaan kesihatan semakin merosot apabila bacaan bilirubinnya hampir mencecah 400, selain mengalami pembengkakan hati dan limpa menyebabkan perutnya semakin membesar.

Ibunya, Wan Anis Syahidah Wan Rosli, 30, berkata, anak ke­duanya itu kini berada di rumah dan bergantung kepada beberapa jenis ubat setiap hari.

“Dia juga sukar tidur dan ke­rap membuang air besar antara lapan hingga 10 kali sehari.

“Setiap bulan kami perlu membawanya berjumpa pakar gastroenterologi untuk pemeriksaan kerana fungsi hatinya semakin merosot,” katanya kepada Kosmobayo bay! kelmarin.

Menurut suri rumah itu, masalah kesihatan Dian Jasmeen mula dikesan apabila bacaan kuning atau jaundis anaknya tidak menunjukkan penurunan ke paras normal sebelum disahkan menghidap biliary atresia.

“Jun lalu, Dian dirujuk ke Hospital Tunku Azizah bagi menjalani saringan pemindahan hati sebelum pakar memaklumkan anaknya memerlukan pembedahan segera,” katanya.

Menurutnya, suaminya, Ahmad Zahid Fahmi Hasnul Elmi, 30, yang juga anggota tentera, bersedia mendermakan sebahagian hatinya.

“Kos pembedahan dianggarkan RM180,000 di Renji Hospital, Shanghai Jiao Tong University School of Medicine, China, terlalu besar untuk ditanggung kami, lebih-lebih lagi selepas saya berhenti kerja.

“Setakat 9 Oktober lalu, kami berjaya kumpul RM73,135.59, namun masih memerlukan RM106,864.41 bagi membolehkan pembedahan pada awal November ini dilaksanakan,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 5515 7530 7417 atas nama Pertubuhan Kebajikan Nadi Permata Malaysia dengan rujukan Bantuan Dian BA.

The post Bayi perlukan RM106,864 demi hati baharu appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved