Bayi satu bulan hidap penyakit jantung kongenital kompleks perlu RM130,000 jalani pembedahan segera

LocalHealth & Fitness
24 Aug 2026 • 4:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bayi satu bulan hidap penyakit jantung kongenital kompleks perlu RM130,000 jalani pembedahan segera
Areeq Zayyan disahkan menghidap jantung kompleks.
Image from: Bayi satu bulan hidap penyakit jantung kongenital kompleks perlu RM130,000 jalani pembedahan segera
Muhamad Syamsul (dua dari kanan) bersama Masmira menunjukkan gambar anak mereka sambil diperhatikan oleh kakitangan One Hope Charity & Welfare.
Image from: Bayi satu bulan hidap penyakit jantung kongenital kompleks perlu RM130,000 jalani pembedahan segera
Areeq Zayyan kini dirawat di NICU Hospital Seberang Jaya.

BUKIT MERTAJAM – Bayi lelaki berusia satu bulan yang menghidap penyakit jantung kongenital kompleks memerlukan RM130,000 bagi menjalani pembedahan segera selepas doktor mengesan beberapa kecacatan pada jantungnya yang boleh mengancam nyawa.

Bayi berkenaan, Areeq Zayyan Muhamad Syamsul Akmal dari Kubang Semang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Seberang Jaya selepas mengalami masalah pernafasan sejak dilahirkan.

Bapanya, Muhamad Syamsul Akmal Mazalan, 31 berkata, anaknya disahkan menghidap Transposisi Arteri Besar (TGA) selain kecacatan septum ventrikel (VSD), kecacatan septum atrium (ASD) dan duktus arteriosus paten (PDA).

“Doktor memaklumkan pembedahan perlu dilakukan dalam tempoh empat hingga enam minggu selepas kelahiran bagi mengelakkan keadaannya bertambah buruk dan mengancam nyawa.

“Pembedahan dijadualkan dilakukan pada 24 Ogos (hari ini), namun kos yang diperlukan terlalu tinggi,” katanya di sini pada Isnin.

**media[3624771]**

Sementara itu, Pengerusi One Hope Charity & Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, pihaknya berbesar hati membantu keluarga berkenaan mengumpulkan dana sebanyak RM130,000 bagi menampung kos pembedahan Areeq Zayyan.

Menurutnya, bapa bayi itu bekerja sebagai pakar bahan, manakala ibunya, Masmira Mat Ali, 25, pula tidak bekerja.

“Pasangan ini turut mempunyai seorang lagi anak berusia tiga tahun,” katanya

**media[3624772]**

Tambah beliau, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan bagi membantu kos pembedahan Areeq Zayyan boleh menyalurkannya ke akaun Public Bank Berhad bernombor 3193433435 atas nama One Hope Charity & Welfare

"Sumbangan turut boleh dibuat menerusi laman web One Hope Charity & Welfare.

"Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pihak badan amal berkenaan menerusi talian 016-419 2192, 019-232 2192 atau 04-539 9212," ujarnya lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved