Bayi tiga bulan meninggal dunia, polis tahan pengasuh bantu siasatan

22 May 2023 • 9:29 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 22 MEI: Polis menahan seorang wanita yang disyaki melakukan pengabaian ketika mengasuh seorang bayi perempuan berusia tiga bulan, sehingga mengakibatkan bayi itu meninggal dunia, di sekitar Sungai Way di sini, pada 9 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata wanita berumur 31 tahun itu ditahan di kediamannya di Petaling Jaya pada 5.30 petang, selepas polis menerima laporan daripada bapa bayi itu pukul 3.56 petang, pada hari kejadian.

“Siasatan diteruskan bagi mengetahui punca kematian bayi berkenaan manakala suspek dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai diambil keterangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi balai berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dengan menelefon 03-79662222 bagi membantu siasatan.

— BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved