Bayi usia setahun lemas dalam rumah dinaiki air

30 Nov 2024 • 1:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Yusoff (tengah) semasa sidang akhbar di Balai Polis Repek, Pasir Mas pada Sabtu.

PASIR MAS - Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, sikap degil penduduk yang enggan berpindah awal telah meragut nyawa seorang bayi berusia satu tahun di Cabang Empat, Tumpat pada Jumaat.

Menurut beliau, bayi lelaki terbabit dipercayai meninggal ketika keluarganya sedang tidur kira-kira jam 1 pagi.

"Rumah keluarga mangsa dua tingkat. Air sudah pun melimpah ke tingkat dua tetapi mereka masih enggan pindah.

"Ketika sedar dari tidur mereka dapati mangsa telah meninggal dunia dipercayai lemas," katanya semasa sidang akhbar di Balai Polis Repek di sini pada Sabtu.

AKAN MENYUSUL