Bazaar Legend Aidilfitri Di Satok Bakal Dibuka 23 Mac Ini

17 Mar 2024 • 8:21 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bazaar Aidilfitri Satok buka 23 Mac hingga 9 April ini

Bazaar Legend Aidilfitri Di Satok Bakal Dibuka 23 Mac Ini. Bazaar Aidilfitri kegemaran ramai di Kuching bakal buka 23 Mac 2024 ini menawarkan pelbagai jenis baju-baju, aksesori, makanan dan barangan raya yang menarik.

Seramai 130 penjaja akan berjual di Bazaar Aidilfitri Satok yang bermula 23 Mac 2024 hingga 9 April 2024 ini.

image is not available
Bazaar Legend Aidilfitri Di Satok Bakal Dibuka 23 Mac Ini. Gambar sekadar hiasan

Dari Mita Cake House hingga Hartz Chicken Buffet

Dibuka di Satok iaitu di sepanjang jalan dari Mita Cake House hingga Hartz Chicken Buffet, anda boleh membeli belah pelbagai jenis barangan raya yang menarik pada tahun ini.

Dengan pembukaan Bazaar Aidilfitri ini tak lama lagi, orang ramai juga berasa teruja ingin singgah ke bazaar legend di Kuching ini untuk membeli belah barangan raya.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Beli belah di bazaar Aidilfitri Satok

Tunggu apa lagi, jika anda ingin merasai pengalaman menarik membeli belah di bazaar Aidilfitri Satok, inilah peluang anda!

Bagaimanapun, rancang awal dahulu perjalanan anda bagi mengelak sebarang kesesakan lalu lintas nanti. Selamat membeli belah barangan raya!

Tak tahu nak makan apa berbuka nanti, apa kata anda lihat senarai buka puasa buffet ni: