
KUNAK: Lokasi tapak bazar Ramadan di Kunak akan dibuka di dua lokasi susulan cadangan awal mengenai tapak baharu yang diumum sebelum ini tidak dapat digunakan atas faktor tertentu.
Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kunak (MDKNK) Mohd Nazri Pintal berkata dua tapak itu terletak di kawasan lapang bersebelahan Pasar Am Kunak dan di dataran Sedco berhampiran Pasaraya Servay.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Sebanyak 110 lot peniaga Bazar di tempatkan di dataran lapang dekat Pasar Am, sementara 42 lot di dataran Sedco,” katanya kepada Daily Express, Jumaat.
Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas majoriti peniaga mahu tapak bazar Ramadan dikekalkan seperti sebelum.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Selepas sesi libat urus, dan maklum balas daripada peniaga hari ini (Jumaat), pihak Majlis membuat keputusan muktamad untuk menetapkan tapak Bazar Ramadan di dua lokasi itu,” katanya.
Selain sesi taklimat dan cabutan undi untuk setiap lot peniaga, penerangan berkaitan keselamatan makanan juga disampaikan oleh kakitangan Jabatan Kesihatan daerah pada Jumaat, katanya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Sementara itu, Nazri berkata kawasan lapang bekas bangunan Dewan Masyarakat akan dijadikan tempat parkir kenderaan kepada pengunjung Bazar dan juga peniaga.
“Untuk tahun ini kita sedang merancang untuk menaiktaraf kawasan lapang bekas Dewan Masyarakat itu supaya keadaannya lebih selesa,” katanya.

