
KUNAK: Majlis Daerah Kunak (MDKNK) memindahkan lokasi Bazar Ramadan tahun ini ke tapak baharu di kawasan sekitar bekas bangunan Dewan Masyarakat.
Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nazri Pintal berkata tapak baharu ini dijangka boleh menampung sehingga 160 lot atau lebih.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Katanya, pemilihan tapak baharu itu dijangka dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas kerana lot parkir sedia ada bersebelahan Pasar Am akan digunakan untuk pengguna meletak kenderaan mereka termasuk pengunjung Bazar.
Tambahnya, tapak baharu itu lebih strategik dan teratur kerana kawasan itu lapang dan berpagar dan akan dilengkapi dengan kemudahan bilik solat (mini surau), tandas khusus kepada peniaga dan pengunjung Bazar selain pencahayaan yang mencukupi.



