Bazar Ramadan Sibu 2024 Menjanjikan Konsep Berbeza Untuk Pengunjung

20 Feb 2024 • 12:25 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Konsep Baharu Bazar Ramadan Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 2

Bazar Ramadan Sibu 2024 Menjanjikan Konsep Berbeza Untuk Pengunjung. Bazar Ramadan di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 2 di sini akan menempatkan 105 gerai pada tahun ini, dengan kerja-kerja persediaan dijadualkan pada 7 dan 9 Mac.

Ahli Majlis Perbandaran Sibu (SMC) yang bertanggungjawab atas bazaar tersebut, Syed Hamzah Wan Hamid Edruce berkata jumlah gerai adalah lebih kurang sama seperti tahun lepas, tetapi mungkin akan ada lebih banyak permohonan lagi.

image is not available
Bazar Ramadan Sibu 2024 Menjanjikan Konsep Berbeza Untuk Pengunjung. Sumber foto: Facebook

Satu konsep berbeza disediakan untuk pengunjung

Selain itu, beliau menyatakan bahawa satu konsep berbeza akan digunakan untuk mewujudkan suasana pekan yang lebih kondusif untuk pengunjung kali ini.

“Kami akan menyediakan ruang, termasuk meja, di tengah-tengah bazaar untuk pengunjung berbuka puasa,” katanya menerusi sumber.

Tambahnya lagi, Timbalan Menteri I Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, akan membuka bazaar tersebut pada 11 Mac nanti.

Baca juga artikel yang berkaitan Bazar Ramadan:

https://www.iloveborneo.my/satok-semarak-dan-sukma-ria-dipilih-sebagai-lokasi-bazar-ramadan-2024

https://www.iloveborneo.my/sempena-ramadan-kantin-at-the-granary-menawarkan-menu-istimewa-briyani-lamb-shank-untuk-anda

View Original Article