
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Lepas je tarawih pasti ramai di antara kita akan pergi mencari moreh bukan? Yelah adakalanya waktu berbuka ada yang akan makan pada kuantiti sedikit kerana tak nak rasa ‘berat’ bila nak solat nanti.
Namun ada juga yang mungkin nak ajak rakan-rakan lepak waktu moreh sebab tak berkesempatan nak berbuka puasa sama-sama.
Tapi bila cakap tentang moreh kebiasaannya ramai yang mencari kedai, tapi kami ada satu port baik di Selangor yang boleh korang kunjungi.
Temu Janji Moreh tampil dengan konsep santai
Jom kami kongsikan dengan korang bazar moreh yang beri konsep santai dan sangatlah sesuai untuk korang bawa anak-anak kecil juga.
Bazar moreh yang ingin kami kongsikan adalah Temu Janji Moreh yang dibuka setiap hari Jumaat hingga Ahad pada setiap minggu di Setia Alamsari Welcome Centre, Kajang, Selangor.
Ia mula beroperasi dari jam 5 petang sehingga jam 12 malam untuk dikunjungi oleh para tetamu.
Jadi sebenarnya korang bukan sahaja boleh beli makanan untuk moreh tapi jika ada perancangan untuk beli juadah berbuka juga boleh.

Pelbagai jenis makanan dari tradisional hingga antarabangsa
Bila cakap tentang moreh pastinya ia adalah tentang makanan, di Temu Janji ini ia tidak hanya mempunyai makanan ringan seperti snek atau manisan tetapi makanan berat turut dijual.
Bukan itu sahaja, ia tidak hanya mensajikan makanan tradisional seperti bubur manisan, tetapi makanan seperti fish and chip, burger, sate, ikan bakar, kek, kopi, jus oren dan bermacam-macam lagi ada dijual di sini.

Kami juga sempat mencuba air minuman dari gerai Es Lima yang menyediakan jus oren yang diperah sendiri. Air ni sangat menyegarkan dan sesuai untuk peminat rasa masam.

Selain Es Lima, kami juga ada membeli roti sosej daripada Zeke’s Sausage. Rasa yang sedap, menggunakan sosej saiz jumbo dan dagingnya juga banyak. Jika korang sukakan pedas atau pickle boleh juga ‘request’ pada abang ni. Semuanya disediakan panas-panas sebelum diberikan pada pelanggan.

Ais krim jenis gelato dan sorbet pun ada juga korang, yang ini kami cuba perisa raspberi memang sedap dan tak terlalu manis.
Dari segi harga pula kebanyakannya adalah berpatutan dan tidak terlalu mahal.
Selain itu, ini antara makanan yang turut dijual di Temu Janji Moreh:






Apa yang menarik, menu-menu di Temu Janji ini mungkin sedikit berbeza dengan makanan yang ada dijual di bazar Ramadan.
Bukan itu sahaja suasana di sini juga tak terlalu sesak seperti kebiasaan bazar kerana konsepnya lebih kepada santai.
Meja dan kerusi turut disediakan di sini untuk memudahkan pelanggan yang datang menjamu selera sambil lepak dengan kawan atau pun keluarga.


Banyak aktiviti permainan kanak-kanak
Apa yang lagi best, korang juga boleh datang lepak di sini sambil bawak anak-anak sebab ada pelbagai jenis aktiviti untuk si kecil.
Confirm kalau anak datang sini memang tak nak balik, so korang pun dapat enjoy makan anak pula dapat pergi maimain.
Antara jenis aktiviti permainan yang ada adalah:
- Inflatable playground
- Sand art
- Memanah
- Sand truck



Barangan raya dan aksesori
Bukan sekadar makanan, Temu Janji Moreh ini turut mempunyai vendor yang menjual barangan raya seperti baju, beg tangan, aksesori, barangan terpakai, minyak wangi dan banyak lagi.
Jadi sambil makan-makan korang pun bolehlah cuci mata tengok barang raya dekat sini.




