“Bazir Duit Cukai!” – Kisah Lelaki Suka Lelaki, Kumpulan Agama Di Korea Protes Drama Terbaru Nam Yoonsu

LocalEntertainment
15 Oct 2024 • 11:19 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Industri hiburan Korea juga nampaknya semakin terbuka dalam membuat cerita yang menggalakkan hubungan sesama jantina.

Baru-baru ini, drama lakonan Nam Yoon-su “Love in the Big City” telah teruk menerima bantahan dari kumpulan agama di Korea, kerana membawa unsur LGBTQ+.

Bagi yang belum tahu, Nam Yoon-su akan memainkan watak sebagai lelaki homoseksual, yang telah bertemu cinta sejatinya Gyu-ho. Namun, dia terpaksa melepaskannya dan mengikuti orang tak dikenali ke Thailand.

Khususnya, drama ini telah menerima bantahan hangat dari kumpulan agama di Korea Selatan yang mendakwa bahawa drama ini memuliakan homoseksualiti.

image is not available

Meskipun belum disiarkan lagi namun, kumpulan berkenaan nampaknya tidak bersetuju dengan keluaran drama itu dan memegang sepanduk bantahan yang bertulis,

Periksa Persatuan Kandungan Korea! Kementerian Pelancongan, Sukan dan Kebudayaan membazirkan wang pembayar cukai untuk menyokong drama homoseksual!

Di sepanduk lain pula,

Syarikat produksi CJeS menyokong penerbitan drama yang mengagungkan dan mempromosikan homoseksualiti.

Bagaimanapun setakat ini, pasukan produksi CJeS masih belum memberikan sebarang respon lagi mengenai protes yang dibuat.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.