BCL Kembali Jadi Isteri, Kini Milik Tiko Aryawardhana

2 Dec 2023 • 5:44 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Selebriti terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestra atau mesra disapa BCL kini sah bergelar isteri kepada Tiko Aryawardhana, di Resort Amankila, Bali, Indonesia, hari ini.

Video-video majlis pernikahan saat BCL bergelar isteri Tiko kini mulai tersebar di media sosial terutama di aplikasi TikTok.

Pada majlis tersebut, BCL dilihat mengenakan persalinan adat Jawa berwarna putih yang dipandankan dengan suaminya.

Majlis tersebut dihadiri keluarga dan rakat terdekat, termasuk keluarga Ashraf Sinclair di mana kelihatan Aishah Sinclair menemani BCL pada hari bahagia.

image is not available

image is not available

Terdahulu, media melaporkan majlis pernikahan BCL bersama kekasihnya akan dikawal ketat oleh petugas keselamatan selain melarang tetamu yang diundang menggunakan telefon bimbit sepanjang majlis berlangsung.

Malah, jalan yang menghubungkan akses menuju ke resort berkenaan juga telah ditutup dan wartawan juga dihalang menghampiri kawasan tersebut bagi membuat liputan.

Sebelum ini, Bunga dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka yang pernah dikaitkan dengannya iaitu Tiko Wardhana.

Berita pernikahan Bunga, 40, dan Tiko yang juga seorang duda dikatakan didedahkan seorang petugas pejabat agama dikenali sebagai Emma Fatmayani apabila mengesahkan berita tersebut.

Sekadar info, BCL pernah mendirikan rumah tangga dengan Ashraf pada tahun 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Noah.

Perkahwinan mereka bertahan selama 12 tahun apabila Ashraf disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada tahun 2020