
Bank Islam sedia menghentikan pendaftaran baharu untuk aplikasi perbankan digital Be U sejak bulan Mei lepas. Ketika itu, Bank Islam telah menyatakan hasrat memindahkan pengguna Be U ke akaun perbankan Bank Islam. Kini, pihak Be U turut berkongsi lanjut berkenaan perubahan yang akan berlaku, dan penamatan penuh Be U menjelang 31 Julai 2026.

Menurut Bank Islam, selepas 31 Julai 2026, pengguna tidak lagi boleh menggunakan kad Debit Be U Visa, selain pembayaran berulang akan turut tidak akan diteruskan. Penyata akaun Be U juga perlu dimuat-turun sebelum 31 Julai 2026 untuk rujukan akan datang, memandangkan ia tidak boleh diakses selepas itu.
Untuk pengguna Be U, anda boleh memilih untuk memindahkan keseluruhan dana dalam akaun ke akaun bank lain, atau Bank Islam – seperti melakukan pemindahan DuitNow biasa sebelum tarikh berkenaan.
Selari penamatan Be U juga, Bank Islam menyasarkan untuk terus menambah baik aplikasi perbankan utama mereka, BIMB Mobile, dalam memberikan lebih kemudahan dan fleksibiliti dalam menguruskan kewangan. Bagi anda yang menggunakan Be U, boleh melakukan pemindahan dana anda ke Bank Islam atau lain dengan segera sebelum 31 Julai 2026 ini.
