Beats Studios Buds+ Tertiris – Memperlihatkan Rekaan Lutsinar Seakan Nothing Ear (2)

TechnologyDigital
26 Apr 2023 • 1:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bulan lepas ketika Apple melancarkan iOS 16.4 terdapat kod di dalamnya mencadangkan yang mereka akan melancarkan TWS Beats baharu iaitu Beats Studio Buds+. Tiada butiran jelas didedahkan sehinggalah baru-baru ini apabila Amazon tidak sengaja menyenaraikan produk ini.

Apa yang menarik dengan Studio Buds+ ini adalah kali ini mempunyai rekaan lutisnar seakan Nothing Ear (2). Adakah ini bermakna Nothing berjaya mencipta trend untuk pesaing turut mengikuti strategi mereka?

image is not available

Secara keseluruhan rekaan Studio Buds+ masih lebih kurang sama dengan Studio Buds yang dilancarkan pada dua tahun lalu. Setiap fon telinga menggunakan tangkai pendek dan binaan keseluruhan adalah plastik. TWS ini disasarkan untuk mereka yang aktif bersukan dan keselesaan dan alternatif lebih mampu milik berbanding AirPods Pro.

Menurut senarai Amazon, Studio Buds+ akan mempunyai ketahanan bateri sehingga 36 jam, mikrofon yang 3x ganda lebih besar serta rekaan pelohongan baharu untuk mengurangkan tekanan dalam telinga. TWS ini turut akan mempunyai sokongan pembatalan hingar aktif 1.6x ganda lebih berkuasa dan 2x ganda mod tembus bunyi yang lebih baik.

image is not available

Seperti produk Apple lain, TWS ini turut akan menyokong sistem carian Find My. Kemudian sumber turut menyatakan sokongan Hey Siri, tambatan dengan satu kali tekan, pertukaran tambatan ke peranti lain automatik, audio spatial, akustik lebih baik dengan bass yang lebih jelas serta pengalaman pendengaran yang lebih imersif.

Harga jualan yang tertiris adalah $169.95 iaitu sekitar RM758. Jika benar ini adalah harga akhir ia adalah sekitar RM100 lebih mahal berbanding model lalu.