
BEAUFORT: Pegawai Daerah Mohd Nazri Ajun berkata Beaufort bakal memiliki bangunan baharu bagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sebagai persediaan menampung keperluan pada masa akan datang.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan cadangan tapak pembinaan PPS itu, di sini pada Selasa lepas.
Jawatankuasa Bencana Alam Daerah akan mencadangkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk membina sebuah lagi PPS, sekali gus menjadikannya dua bangunan PPS bagi Beaufort, termasuk PPS Selagon sedia ada.


