Bebas kanser, Elyana bengang diri jadi kaunter tanya penyakit -“Korang kata saya ahli neraka..”

17 Jul 2024 • 2:26 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi, Elyana bengang diri jadi kaunter tanya penyakit selepas dihujani pelbagai soalan malah menjadi tempat rujukan orang ramai yang menghidapi penyakit serupa dengannya.

Tegas pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal, dia juga seorang pesakit dan bukan pakar dalam bidang perubatan sehingga dijadikan kaunter pertanyaan.

“Minta maaf. Saya bukan klinik atau hospital untuk semua orang nak dapatkan jawapan tentang penyakit ya. Saya pun pesakit macam anda.

“Berat jadi saya ni. Nak kena layan semua orang apabila orang perlukan,”katanya.

image is not available

Elyana bengang diri jadi kaunter tanya penyakit

Menerusi hantaran di Instagram Story, Elyana bengang apabila mengenangkan semula dirinya pernah dimaki hamun apabila tidak dapat memuaskan hati semua orang.

Elyana berkata, dia enggan masuk campur perkara yang bukan bidangnya, sebaliknya meminta mereka untuk merujuk penyakit mereka kepada pakar perubatan.

“Bila ada yang tak kena di mata, orang maki hamun saya macam saya tak ada perasaan. Saya bukan malaikat.

“Korang kata saya ahli neraka, takkan masih nak minta tolong saya?
“Ramai lagi orang yang bijak pandai dekat luar sana,” ujarnya.

image is not available

image is not available

Terdahulu, di ruangan komen, seorang pengikutnya yang dipercayai menghidap kanser bertanyakan tentang amalan yang dilakukan yang dapat menyembuhkan penyakitnya.

Namun, Elyana hanya memberitahu kesembuhannya adalah dengan kuasa Allah SWT.

Untuk rekod, pada Disember 2021, Elyana disahkan bebas daripada penyakit kanser limfoma selepas 11 tahun berjuang melawan penyakit tersebut.

Sumber: Instagram Elyana

View Original Article