Bebas Selepas Dipenjara 28 Tahun, Ujian DNA Terbaru Buktikan Lelaki Tidak Bersalah

27 Sep 2023 • 10:40 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bebas Selepas Dipenjara 28 Tahun, Ujian DNA Terbaru Buktikan Lelaki Tidak Bersalah

Seorang lelaki di California menarik nafas lega apabila dapat mengecapi kebebasan semula selepas 28 tahun dipenjara.

Ia selepas ujian DNA terbaharu membuktikan Gerardo Cabanillas tidak bersalah atas pertuduhan menculik, merompak dan merogol yang dikenakan ke atasnya sebelum ini.

Menurut CNN, Cabanillas dibebaskan daripada penjara pada minggu lepas.

Sebelum ini dia didapati bersalah merompak dua orang mangsa, seorang lelaki dan seorang perempuan. Selain itu, dia juga didapati bersalah menculik dan merogol seorang wanita di Los Angeles pada 1995.

Bebas selepas dipenjara 28 tahun

Bagaimanapun, kesnya dibicarakan semula baru-baru ini selepas terdapat bukti baharu dan dia diwakili oleh peguam daripada Pejabat Peguam Daerah Los Angeles, George Gascón.

“Berdirinya saya di sini dengan rasa penuh tanggungjawab sebagai peguam daerah untuk mengakui kekhilafan besar yang berlaku ketika semua berusaha menegakkan keadilan.

”Kami disini juga kerana mahu meraikan pembebasan seorang individu yang tidak bersalah daripada penjara,” kata Gascón dalam sidang akhbar.

Cabanillas tetap disabitkan bersalah walaupun kekurangan bahan bukti

Menurut rekod, Cabanillas berusia 18 tahun ketika ditahan pihak berkuasa sebelum dibicarakan dan didapati bersalah.

Kata Gascón, penahanannya ketika itu disebabkan Cabanillas memiliki ciri-ciri yang sepadan dengan salah seorang suspek.

“Cabanillas sentiasa menegaskan bahawa dirinya tidak bersalah sejak dari awal penangkapannya. Namun, dia dipaksa oleh detektif penyiasat untuk memberi pengakuan palsu dengan janji bahawa dia akan dibebaskan dalam tempoh percubaan,” kata Gascón.

Menurut peguam itu lagi, walaupun tiada bukti fizikal yang dapat mengaitkan Cabanillas dalam jenayah tersebut, dia masih dikenakan sebanyak 14 pertuduhan.

Walaupun bertegas tidak bersalah, Cabanillas akhirnya terpaksa meringkuk di dalam penjara selepas dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Pada 2019, peguam-peguam Cabanillas dari California Innocence Project telah menfailkan usul untuk mengemukakan bukti DNA baharu.

Untuk makluman, California Innocence Project merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan yang berusaha untuk membebaskan individu yang tidak bersalah dari penjara.

Gascón berkata, tiada satu pun keputusan DNA yang sepadan dengan Cabanillas.

“Selepas meneliti beberapa bukti, termasuk analisis daripada pakar berkenaan pengakuan dan temu bual dengan mangsa rogol, kami hilang keyakinan terhadap sabitan dalam kes ini,” ujar Gascón.

Menurut pejabat peguam daerah, Cabanillas telah diberikan kebebasan bersyarat pada Mei dan seterusnya dibebaskan sepenuhnya pada 21 September.

Mahkamah Tinggi Los Angeles membatalkans semua pertuduhan yang dikenakan dan memutuskan bahawa Cabanillas tidak bersalah.

Dalam pada itu, berdasarkan bukti baru, penyiasat berjaya mengesan suspek sebenar. Suspek tersebut kini dalam tahanan pihak berkuasa bersabit kes bunuh yang berlainan.

Menurut Gascón, suspek berkenaan menepati ciri-ciri suspek kes yang berlaku pada 1995. Dia juga disyakit terlibat dengan pelbagai jenayah berat lain antaranya beberapa kes rogol.

Sumber: CNN

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved