Beberapa kawasan di Seremban, Rembau dilanda banjir kilat

16 Apr 2024 • 10:09 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SEREMBAN: Hujan lebat berterusan sejak petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di sini dan Rembau dilanda banjir kilat.

Sekretariat Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan dalam kenyataan memaklumkan antara kawasan terjejas di Seremban ialah Kampung Ismail, Kampung Semarak, Blok B dan C Ampangan, Kampung Jiboi, Taman Happy, Kampung Batu 3 dan Kampung Kuala Sawah.

“Di Rembau, banjir kilat berlaku di Kampung Titian Bintangor.

“Setakat ini tiada pusat pemindahan sementara dibuka bagi menempatkan mangsa terjejas,” menurut kenyataan itu.

Menurut sekretariat berkenaan trend air di beberapa kawasan juga ketika ini meningkat dan APM sedang melakukan pemantauan di kawasan berisiko.