Beberapa kawasan dilanda banjir kilat di Sandakan

LocalEnvironment
22 Nov 2026 • 11:52 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Beberapa kawasan dilanda banjir kilat di Sandakan

SANDAKAN: Hujan lebat berterusan sejak Jumaat menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan, Sulaiman Salama berkata pihaknya menjalankan pemantauan di kawasan terjejas termasuk Kampung Seri Manis dan Kampung Bim-Bim, Gum-Gum, Batu 16.

Menurutnya paras air menunjukkan trend menurun dengan bacaan sekitar satu meter namun beberapa laluan masih tidak dapat dilalui kenderaan kecil.

Katanya pemantauan susulan di Ladang Sand pula mendapati keadaan banjir terkawal dan laluan berkenaan boleh dilalui semua jenis kenderaan.

Terdahulu APM turut menerima panggilan berhubung kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di bulatan Batu 9, bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved