Beberapa Kawasan Sudah Lepasi Paras Air Tahap Bahaya, MET Malaysia Beri Amaran Hujan Berterusan Di Sarawak

2 Mar 2024 • 3:04 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Amaran hujan berterusan tahap waspada hingga 3 Mac 2024

Beberapa Kawasan Sudah Lepasi Paras Air Tahap Bahaya, MET Malaysia Beri Amaran Hujan Berterusan Di Sarawak. Dilaporkan, dua stesen pengukuran aras air di Kuching dan satu di Sibu telah mencatatkan bacaan melebihi aras bahaya pada pukul 11.45 pagi Sabtu.

Berdasarkan data yang dikongsi oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di laman webnya, stesen Malihah di Kuching mencatat bacaan 8.1 meter, melebihi aras bahaya sebanyak 7.4m, manakala stesen Desa Wira mencatat bacaan 3.66m, melebihi aras bahaya 3.5m.

image is not available
Beberapa Kawasan Sudah Lepasi Paras Air Tahap Bahaya, MET Malaysia Beri Amaran Hujan Berterusan Di Sarawak. Kredit gambar: The Borneo Post

image is not available
Kredit gambar: My Kuching

Di Sibu, stesen Sungai Salim B mencatat bacaan 3.2m, hanya 0.1m melebihi aras bahaya 3.1m. Sementara itu, stesen Serian mencatat bacaan 8.74m, melebihi aras amaran 8.51m.

Sepuluh stesen di seluruh Sarawak mencatat bacaan melebihi aras amaran. Hujan lebat sejak malam Jumaat dilaporkan menjadi punca kenaikan aras air, dengan beberapa kawasan mengalami banjir kilat.

image is not available
Kredit gambar: FB MET Malaysia

Amaran Hujan Berterusan tahap Waspada

Berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di Sarawak. Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di tengah dan selatan Sarawak.

Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) untuk Sarawak berkuat kuasa sehingga 3 Mac 2024.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: