Beberapa laluan terlibat banjir kilat dibuka semula

LocalEnvironment
4 Nov 2026 • 11:33 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Pegawai polis jatuh

PETALING JAYA: Hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi menyebabkan beberapa laluan utama serta kawasan di Selangor dilaporkan terjejas susulan banjir kilat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata, beberapa kawasan terjejas banjir kilat meliputi Sungai Buloh, Paya Jaras, Kampung Melayu Subang, Rawang serta beberapa lokasi di sekitar Shah Alam.

“Pasukan bomba kini sedang giat melakukan pemantauan di lapangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan berkaitan, situasi banjir kilat di lebuh raya utama mula menunjukkan trend surut, termasuk di persimpangan Shah Alam menerusi pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Jurucakap LLM memaklumkan, laluan di persimpangan Shah Alam menghala ke utara kini telah dibuka semula kepada kenderaan melibatkan lorong kanan dan tengah.

“Bagaimanapun, laluan ke arah selatan di persimpangan berkenaan masih ditutup sementara bagi tujuan pembersihan sisa halangan dan kerja pemeriksaan keselamatan sebelum ia dibuka sepenuhnya dalam masa terdekat.

“Setakat ini, tiada laluan lebuh raya lain dilaporkan dinaiki air,” jelasnya. – UTUSAN

The post Beberapa laluan terlibat banjir kilat dibuka semula appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved