Beberapa Perkhidmatan Maybank Akan Diselenggara – Tidak Boleh Diakses Sementara Pada 12 & 13 Oktober

TechnologyDigital
9 Oct 2024 • 11:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Maybank dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa mereka telah menjadualkan penyelenggaraan naik-taraf sistem pada 12 dan 13 Oktober 2024. Ini sekaligus membuatkan sejumlah perkhidmatan utama seperti Maybank2U (web & aplikasi), aplikasi MAE, dan Maybank2u Biz (web & aplikasi) tidak dapat diakses untuk sementara waktu diantara jam 3 hingga 7 pagi.

image is not available

Sepanjang tempoh ini kesemua perkhidmatan terlibat tadi akan tergendala sementara waktu dan menyarankan orang ramai untuk membuat transaksi lebih awal sebelum penyelenggaraan berjadual ini. Pihak Maybank juga memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara).