Beberapa Perkhidmatan Maybank Tidak Boleh Diakses Sementara Pada 19 Jun – Disebabkan Penyelenggaraan

TechnologyDigital
17 Jun 2022 • 2:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Maybank

Maybank kini memaklumkan yang mana sejumlah perkhidmatannya akan mengalami gangguan pada hari Ahad ini – iaitu 19 Jun 2022. Hal ini berlaku disebabkan oleh latihan penyelenggaraan sistem, sekaligus sejumlah perkhidmatan yang terlibat tidak dapat diakses untuk sementara waktu secara berperingkat di antara jam 3 – 7 pagi pada hari berkenaan. Antara yang terlibat adalah seperti berikut :

  • Perkhidmatan ATM
  • Terminal ATM / Layan Diri (SST) Maybank
  • Maybank2u
  • Maybank2u Biz
  • M2U MY App
  • Aplikasi MAE
  • Aplikasi M2U Biz
  • Aplikasi Perdagangan Maybank

image is not available

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk melakukan transaksi lebih awal bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Pihak Maybank memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi khidmat pelanggan Kumpulan Maybank di talian 1-300-88-6688.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved