Beeper Mini Berhenti Berfungsi Selepas Hanya Beberapa Hari Dilancarkan

TechnologyDigital
9 Dec 2023 • 10:11 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beberapa hari yang lepas, Beeper Mini telah dilancarkan, menawarkan kebolehan kepada orang ramai yang menggunakan peranti Android, untuk menghantar mesej melalui iMessage. Namun, kini selang beberapa hari, perkhidmatan berkenaan kini dilihat telah berhenti berfungsi.

image is not available

Ketika pelancaran, Beeper menyatakan mereka menggunakan sebuah API khusus yang menghubungkan isyarat permesejan kepada pelayan Apple. Berkemungkinan pihak Apple tidak menyukai perkara berkenaan, dan kini mungkin telah menutup akses berkenaan.

Untuk makluman, iMessage hanya sangat popular di gunakan di Amerika Syarikat sahaja, dan tidak memberi kesan yang besar untuk pengguna luar yang lebih selesa menggunakan WhatsApp.

Sebelum ini juga, pihak Nothing telah hadir dengan Nothing Chats dalam menawarkan perkhidmatan akses ke iMessage – namun aplikasi berkenaan hadir dengan pelbagai masalah sekuriti dan privasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved