Beg berisi wang tunai RM1 juta hilang ditemui semula

LocalBusiness & Finance
7 Nov 2024 • 12:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sasikala ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada Khamis.

PETALING JAYA - Beg berisi wang tunai RM1 juta yang dilaporkan hilang telah ditemui hari yang sama di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, siasatan awal mendapati wang berkenaan ditemui oleh orang awam ketika melalui lokasi berkenaan.

"Siasatan awal mendapati beg berisi wang tunai RM1 juta terjatuh ketika van syarikat keselamatan yang membawa wang berkenaan mengambil selekoh di lokasi kejadian.

"Setakat ini kita merakam keterangan pemandu van berkenaan dan beberapa individu lain untuk siasatan lanjut berhubung kes berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada Khamis.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan polis menerima laporan berhubung kehilangan beg berisi wang tunai RM1 juta di Ampang Point, di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 3.55 petang berkaitan wang berkenaan dilaporkan hilang selepas proses kutipan oleh sebuah syarikat keselamatan dari sebuah bank di Ampang Point.

Beliau berkata, kertas siasatan dibuka bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, berdasarkan maklumat yang tersebar kejadian berkenaan berlaku ketika pemandu van keselamatan menyedari pintu kenderaan terbuka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved