
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Cik Epal, sekali lagi menarik perhatian selepas berkongsi semula satu ciapan Threads yang menyentuh isu tanggungjawab seorang bapa terhadap anak selepas berlaku penceraian.
Dalam hantaran tersebut, penulis asal menegur sikap segelintir lelaki yang enggan menanggung nafkah anak dengan alasan bekas isteri bekerja atau sudah berkahwin lain.

Antara isi penting yang ditekankan dalam ciapan itu ialah,
Malah, ciapan itu turut memetik alasan yang sering digunakan oleh segelintir lelaki — “Kenapa saya nak kena tanggung nafkah anak lagi? Dia kan dah kahwin dengan lelaki lain.”
Cik Epal kemudian repost ciapan tersebut di platform media sosialnya dengan kapsyen ringkas, “Begitulah”, seolah-olah menyokong penuh mesej yang disampaikan.
Tindakan Cik Epal itu menerima banyak reaksi netizen yang rata-rata bersetuju dengan kenyataan tersebut. Ramai memuji usahawan itu kerana turut sama mengingatkan masyarakat tentang pentingnya seorang bapa menjalankan amanah dan tanggungjawab terhadap anak walaupun sudah berpisah dengan pasangan.
"Selain Bubble, Itu Juga Bebal" - Cik Epal Perli Siapa?
The post “Begitu Lah” – Cik Epal Sokong Pesanan Nafkah Anak Kekal Tanggungjawab Bapa Kandung first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




