Bekalan air bersih tenaga solar tampung keperluan 350 penduduk Kg Nuluhon

18 Nov 2022 • 12:03 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PEKAN NABALU: Sebuah sistem bekalan air graviti menggunakan tenaga solar di Kampung Nuluhon di sini kini beroperasi dan menampung keperluan kira-kira 350 penduduk.

Projek tersebut dimulakan pada September tahun ini dan siap Oktober 2022 menggunakan peruntukkan bernilai kira-kira RM40,000 yang dibiayai bekas Ahli Parlimen P170 Tuaran, Datuk Seri Madius Tangau.

Pembinaannya dilakukan dengan kerjasama sebuah institusi pengajian tinggi tempatan melalui program khidmat masyarakat dengan para penduduk secara bergotong-royong.

Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Madius dalam satu acara ringkas, di sini pada Khamis.

Beliau yang juga calon Pakatan Harapan P170 Tuaran pada Pilihan Raya Umum Ke-15 berkata, selain memberikan kelegaan kepada penduduk kampung, bekalan air itu juga menjadi sumber air bersih kepada sebuah Klinik Kesihatan Desa.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.