Bekalan air di 188 kawasan Hulu Selangor pulih sepenuhnya

11 Aug 2022 • 8:10 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 11 OGOS: bekalan air di 188 kawasan Hulu Selangor yang terbabit dengan operasi penyenggaraan aset Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasa pulih sepenuhnya pada jam 3 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengucapkan terima kasih kepada pengguna di kawasan terjejas atas kesabaran mereka.

“Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini,” katanya di Facebook.

Sebelum ini, Air Selangor memaklumkan sebanyak 188 kawasan di Hulu Selangor terjejas bekalan selama tiga hari bermula Selasa lalu berikutan kerja selenggar LRA Sungai Rasa.

Ketua Komunikasi Korporat kata Elina Baseri berkata proses menaik taraf itu mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara demi masa depan pengguna.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved