Bekalan air di Hulu Langat pulih 71 peratus setakat 9 malam

28 Feb 2023 • 10:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 28 FEB: Status pemulihan bekalan air di kawasan terlibat insiden paip pecah di Persiaran Pekeliling, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi capai 71 peratus setakat 9 petang ini.

Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) tempoh pemulihan berbeza setiap kawasan bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

Sehubungan itu, Air Selangor menyarankan pengguna agar membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

“Pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan,” katanya.

Terdahulu, Air Selangor memaklumkan insiden paip pecah mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 14 kawasan di wilayah Hulu Langat.

Berikut kawasan yang belum menerima bekalan air:

  • Perumahan Jalan Wan Siew
  • Seksyen 1-16 Bandar Baru Bangi
  • Sungai Ramal dalam
  • Sungai Tangkas

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved