Bekalan air di Klang, Shah Alam pulih sepenuhnya

26 Mar 2023 • 10:27 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Bekalan air di 55 kawasan di Klang dan Shah Alam yang terjejas berikutan kerja-kerja pembaikan akibat kejadian paip pecah di Taman Mutiara Bukit Raja 2, Klang, telah pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi Ahad.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri dalam kenyataan pada Ahad mengucapkan terima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama mereka sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual itu.

"Pengguna boleh merujuk kepada semua saluran komunikasi kami, iaitu aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram, Twitter atau hubungi Pusat Hubungan Air Selangor di talian 15300 bagi mendapatkan maklumat mengenai kejadian itu dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata, sebarang pertanyaan dan aduan boleh dikemukakan kepada Pusat Bantuan melalui www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved