Bekalan Air Di Sejumlah Besar Kawasan Selangor Terjejas Akibat Pencemaran Di Sungai Kundang Dan Sungai Sembah

TechnologyDigital
23 Jul 2024 • 4:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Air Selangor hari ini telah mengumumkan bahawa bekalan air untuk sejumlah besar kawasan di Selangor, termasuklah tujuh wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor telah mula mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Perkara ini berlaku kerana laporan mengenai insiden pencemaran bau di Sungai Kundang dan juga Sungai Sembah hari ini. Air Selangor telah mengeluarkan kenyataan bahawa empat loji rawatan air, termasuklah Loji Rawatan Air Rantau Panjang (LRA Rantau Panjang) serta Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2), dan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3) sudahpun ditutup buat masa ini.

image is not available

Bantuan alternatif melalui lori-lori tangki air akan digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas, dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis terlebih dahulu. Mereka juga telah menyenaraikan kawasan-kawasan yang terjejas dengan potongan air ini.

Air Selangor memberi jaminan bahawa mereka akan memberikan perkembangan berkaitan insiden ini secara berkala dan akan cuba membaik-pulih isu ini secepat yang mungkin.