Bekalan air di tujuh kawasan Lembah Klang pulih sepenuhnya

7 Jun 2024 • 10:16 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
PBAPP mengenakan caj perkhidmatan bekalan air di negeri ini mengikut peraturan Kerajaan Persekutuan yang diterbitkan pada 31 Januari lalu. Gambar hiasan

SHAH ALAM - Bekalan air di kesemua tujuh kawasan terjejas antaranya Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor pulih sepenuhnya jam 6 pagi pada Jumaat.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata, kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) bermula 5 Jun lalu siap sepenuhnya.

“Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

“Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual dari semasa ke semasa, daripada saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300,” kata kenyataan itu di laman X pada Jumaat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved